aku tak kesah and aku takkan amek kesah!

Monday, February 27, 2012

baby oh babyyyyy!!!




tengahari tadi, temankan kak atie carik taska untuk anak dia.
siyes.
seronok sangat tengok budak-budak tu tido.


bes kan ada anak ni.
ada anak sedara kat umah tu pun aku dah hepi sangat.
apatah lagi kalau ada anak sendiri nanti.
suke budak walaupun aku ni garang, selalu tengking anak buah aku tapi aku sayang sangat diorang.





Monday, February 20, 2012




bulan 4 nanti insyaALLAH aku akan dapat anak buah baru.
ALLAH je yang tahu betapa aku rindu kan anakbuah aku sekarang.






murah rejeki




ALHAMDULILLAH.
sekarang ni ALLAH melimpah ruahkan rezeki aku dan keluarga.
semoga aku tak akan lupa untuk sentiasa mengucapkan syukur terhadapNYA.
amin.




exam result!





result semester lepas dah nak keluar 22hb ni..
macamana ni?

harap-harap dean!
haha. perasan.
ade aku kesah?



orang ketiga


orang ketiga.
nauzubillah.
tak pernah terpikir. tak pernah nak try to be that orang ketiga.

 (gambar hiasan..jangan slah paham..)


tersuka ke. terjatuhhhh cinta ke.
ter..ter..semua tu harus cepat dikikis andainya kamu tau si dia yang kamu suka itu adalah HAK ORANG !
haha. aku siap bold, guna the biggest size of font lagi tu nak kasi jelas ayat tersebut.

bahaya kalau si dia tu bukan lagi berstatus single!
jangan cuba rapat.
kalau rapat jugak, memang cari nahas sendiri la tu.
nak-nak pulak, ada mata memandang.
memang kena la kau!

aku?
jenis aku pulak, tak kesah orang nak kata apa.
sebab yang orang nampak pasal aku, itulah aku.
kenapa nak selindung.
bukan nak kata aku baik.
and aku tak kata aku jahat.
haha. 
ekceli, dekat opis aku ni semuanya dah kahwin.
baik lelaki, mahupun wanita.
sekarang kite hanya fokus pada lelaki.
sebab aku perempuan.
kalau cakap fokus wanita, ai, lesbian la pulak aku ni ha.

aku memang jaga batas perhubungan antara lelaki kat opis.
memang kadang-kadang aku bercakap, aku layan je diorang walaupun aku tak berapa nak paham.
memang aku anggap diorang macam abang/pak cik aku.
itu yang boleh ngam.
so tak boleh kata aku gedik bila tengok aku borak ngan diorang.

kadang-kadang bila kat pantry opis tu, aku sorang je perempuan.
alah...diorang pun panggil aku adik la.
so apa aku nak kesah?
memang la jaga adab..jaga adat..jaga maruah family.

aku memang takkan jadi orang ketiga.
itu doa aku siang malam.
kalau aku rasa aku gedik sangat nak jadi orang ketiga ni, memang bukan macam ni caranya.
and kalau ade yang bawak cite bukan-bukan pasal aku, aiseymen.
rasa nak cili mulut orang tu.

kesimpulannya, aku bukan orang ketiga.
tapi aku anak kedua.
ada aku kesah?
hahaha




Saturday, February 18, 2012



esok nak buat apa?
tido..bangun..makan..tengok tv..
ayark...!
abes la nak diet tak menjadi..


bang!

 pada 11.02.2012 yang lalu, aku telah menghadiri...ehem.
skema teh.
haha. saja menggedikkan diri.
gini, sabtu lepas, aku ade join satu latihan ni, latihan bang bang!..apekah itu?
latihan menembak la mak cik.
tak penah-penah nak pegang pistol.

mula-mula jejak kaki kat padang sasar tu je, aku dah pucat.
sampaikan bekpes yang diorang sediakan aku tak jamah.
siyes. aku takut aku tertembak orang.
dah la join ni tak bagitau fam aku.
jadi apa-apa, naye aku.

aku siap cakap kat member opis, "che dini, saya rasa saya kena buat satu wasiat la sebelum saya menembak ni"
che dini ni gelakkan aku.
ayorkkk. aku siyes kot time ni.
dah la tak ada life insurans lagi ni.

jalan punya jalan, sampai la aku ke medan peperangan aku.
time ni rasa nak lari je.
nak menyorok dalam van.


 tudung putih di sana....itu saya!
time ni tengah masukka peluru.
orang lain dah ready nak menembak, aku still lagi dengan tak cukup peluru.

jurulatih tu cakap, "mu ni mok da, dua kali raya haji belum tentu siap masuk pekuru tu"
aishhh. jangan la merajuk coach yang baik hati.
haha.



time ni kalut nak mampo* sebab tak ade orang nak guide.
dah la main ngan pistol betul ni.
bukan pistol air.
pastu tak ade orang nak jaga. ayark.

nama apa entah pistol ni.
lupe.
dari Itali.
yang baru lagi ni.



ini dah sesi mengutip peluru.
tak boleh bawak balik.
lepas semua ni, kitorang angkat sumpah.

aku nak upload banyak lagi gambar tapi line tenet kat opis ni selow ni amat!
sakit jiwa. ni boleh menaikkan darah ni.
stress tau tak.
tak ape lah.
lain kali aku share pasal benda lain pulak yang berkaitan kerja aku.
okeh.
assalamualaikum.


Friday, February 17, 2012

waktu doa mustajab



Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,

laila.jpg
Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]


credit to : myjodoh





Thursday, February 16, 2012

nak cuti...!



saya tengah planning cuti.
tapi tak tau ke mana lagi.
rasa nak rehat.
nak lari dari memikirkan masalah.

fam saya bagi ke?
hihihih.
we'll see..!




hati ini.



hati ini agak sunyi ketika ini.
memerlukan seseorang di sisi.
mendengar cerita aku.
mendengar bebelan aku.

oh. sabarlah wahai hati.
kerana kamu akan keseorangan.
sampai bila, aku sendiri tak tahu.






hari ini bermood agak gedik.
nak post ni pun pikir banyak kali.
kenapa ye kalau kite minat kat seseorang tu, mesti kite nak tengok dia sokmo?
hihi. apakah?
tak tengok muka sehari, dapat tengok kete pon jadi la.
pastu sengih sorang-sorang.
macam la aku minat kat kete tu.
tapi bila tak nampak bayang dia, apatah lagi kete dia, aishhh.
susah hati dibuatnya.
tapi yang penting dia bukan laki orang, tunang orang.
hak orang tak tau.
eleh.minat je pun.
ok la.

semoga penantian aku berakhir tahun ni.
amin.




doa hari ini.





ya ALLAH.
jadikanlah aku setiap hari dalam setiap segi..menjadi lebih baik..lebih baik..dan lebih baik.






Tuesday, February 14, 2012

sharing is caring

jom cuti.



rasa nak pergi bercuti.
nak rehat.
nak tenangkan jiwa yang lara.
haha. itu tipu.

memang rasa nak amek cuti panjang.
saja. nak bazirkan masa.
nak have fun macam zaman-zaman belajar dulu dengan member.
tak nak bangun, celik mata, ingat kerja.
tapi nak duit masuk.
boleh gitu?
oh. sangat kuat berangan.

tapi kemanakah haluan ingin ku bawa ye?
nak keluar dari mesia.
oh. berangan lagi.
sawak pun tak lepas lagi ni.
haha. ade hati nak pegi jauh-jauh.
tapi itu angan-angan.
tak salah berangan di siang hari.

oke.
nak rehat jap.


 

alone OR lonely? tidak kedua-duanya!



tak tahu kenapa, kenapa dan kenapa.
rasa sunyi.
rasa macam perlukan seseorang.
itu dah masuk golongan wajib kawen ke weh.
haha..
siyes, hati ni rasa kosong sangat.
tapi NO. NO. NO.
hehehe..
tak de kapel-kapel ye.
fokus.....
pandang depan cik suhada!




Wednesday, February 8, 2012

haapy being me


 
i'm happy being me!
so what's the problem dengan trade mark tuh?
anda jeles?
walaupun aku salu ada masalah.
aku yang carik masalah tu.
benda senang jadi susah. haha.
tak apa.



Thursday, February 2, 2012

nak share!




just nak share.





swit!




oh, swiiit nya.
cair...
terjatuh ati sampai ke usus dah ni.




Wednesday, February 1, 2012

SYUKUR



syukur ALHAMDULILLAH.
kadang-kadang aku lupe nak ucap syukur bila aku dapat sesuatu.
tapi bila tak dapat, merungut.

tapi ALLAH itu MAHA PEMURAH.
hari-hari aku berdoa, DIA bagi apa yang aku minta.

semoga doa-doa lain termakbul juga.
amin!