aku tak kesah and aku takkan amek kesah!

Friday, July 1, 2011

REUNION SOFIS 0105



23-25 jun 2011
aku dulu sekolah berasama penuh.
ehem. bukan nak menunjuk ye.
tapi nak bagitau apa maknanya sofis 0105 tu.
kitorang ni batch tahun 2001-2005 di sek men sains pasir puteh, kelantan.
sofis tu di ambil dari istilah sofisticated kalau tak salah aku.

so, untuk reunion ni, geng-geng atasan la yang bertungkus lumus anjurkan reunion kat sekolah sains pasir puteh tu.
ye la, sekali dengan ala-ala program senior-junior gitu.
bagi ceramah semua.
tapi aku ni memang orang pertama la yang kena reject kalau nak suruh bagi kata semangat ke ceramah ke.
FAILED!

setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke sekolah itu, aku sebenarnya teramatlah rindu.
so bila dah berpeluang ni, grab je lah.
malas nak pikir banyak.
sebenarnya aku tak rapat sangat dengan geng-geng atasan yang anjurkan program ni.
tapi aku bukan nak pergi tengok diorang pun.
juz nak merasai kehidupan asrama dulu-dulu.

at first, planning nak pergi malam khamis tapi aku sampai dari kuantan dah lambat, tak ada sape-sape nak amek.
so nak tak nak, aku balik rumah dulu la.
esoknya - jumaat baru la aku pergi.
tu pun diingiri bodyguard, iaitu adik-adik kesayangan hamba la.

kejap je aku singgah.
sambil-sambil nak ambik baju yang aku tempah.
reunion ni siap ada baju sofis 0105 lagi tau.
kaler merah.
aku sampai dalam pukul 2 lebih petang, balik dalam pukul 5 lebih.

nak tau apa terjadi masa aku mula-mula sampai?

aku tersipu malu. 
walaupun hanya nak jumpa budak-budak batch aku.
sebab dah lama sangat tak jumpa kan.
oh, lupa nak bagitau.
geng-geng aku pulak, sorang pun tak dapat nak join.
masing-masing busy.
sangat sedih la nyah.

ok, dipendekkan.
masa aku sampai tu sepatutnya akan diadakan sesi bersama budak form 5 and form 3.
tapi diorang boikot kami geng sofis ni atas satu sebab.
-PAKSA DIORANG BANGUN SEMBAHYANG QIAMULLAIL-
lawak betul la.
teringat zaman-zaman muda dulu.
aku macam tu ke?

ok, ikut schedule, kena bangun awal.
qiamullail awal pagi jumaat.
sekali ketuk dorm, tak bangun.
2 kali ketuk, still tak bangun.
dah la banyak dorm nak kena kejutkan.
geng-geng batch aku yang bertanggungjawab tu apa lagi, menjerit la.

ala, biasa la tu.
kitorang dulu masa muda-muda dulu lebih dari tu la.
setakat menjerit, kena marah.
tak kesah pun.
takat tu je pun yang mampu orang buat.

lepas tu, masa qiamullail tu, ramai pulak yang datangnya.
ada sumber menyatakan, tak pernah-pernah seramai tu.
BAGUS la tu, walaupun terpaksa.
benda-benda macam ni memang kena paksa dulu apa.
lama-lama akan terbiasa.
ok la tu.

then, geng-geng sofis ini bertanya selepas solat (masih di dalam musolla)  : apa yang korang tak puas hati sebenarnya?"
tau apa jadi?
dia datang dengan geng-geng dia (form 5) : akak ingat, akak datang sekolah ni, cikgu suka ke?
yang lain pulak : dah la kami tak kenal akak-akak ni, tiba-tiba aje ada depan kitorang
yang lain lagi : fivers dulu tak macam ni.

fuhhhh.
yang last tu buat aku terbakar sikit.
fivers tu adalah batch sebelum kitorang.
senior setahun la dari kitorang.
apa kes la nak sama-sama kan orang ni wahai budak-budak hingusan?

pada hari aku pergi ke sekolah tu jugak, ada la kat notice board tertampal ayat-ayst sebegini " KAMI ADIK FIVERS"
"FIVERS CUN R"
ada satu lagi ayat aku lupa pulak.
adeh.
orang datang jauh-jauh nak tolong bagi semangat, ini pulak yang dapatnya.

fivers yang datang sebelum sofis ni 12 orang je kalau tak salahnya.
tapi diorang ni sangat lah berlembut.
nak marah pun, mintak maap dulu.
abes tu, nak suruh budak-budak batch aku ni berlembut jugak?
tak ada maknanya majlis tertinggi sofis ni nak jadi macam tu.

petang masa aku sampai tu la, dewan memang kosong.
alasan, mak bapak datang.
aiseymen.
nak menipu agak-agak la.
takkan ada 188 students, kesemua 188 mak bapak datang?
aku tengok lengang aje astaka, padang semua.
menipu la tu.
chipooooraaah!

pastu petang tu aku balik.
sofis lain tu pun dah mintak kebenaran n cadangan/khidmat nasihat dari pk hem untuk balik jugak sebab dah terlalu kecewa.
tapi tak tau macamana, diorang teruskan jugak.
semangat diorang tu aku salute la.

and geng-geng form 5 yang tak berapa ada adab tu pun aku rasa dah kena sound dah.
padan muka.
ooo yeah!
oleh sebab itu, schedule berjalan macam yang di planned.
kalau aku la, memang dah tak boleh nak hadap dah muka orang-orang yang bermulut kurang ajar ni.
sori ye nyah!
tak kuasa mak.







sori!
aku hanya upload gambar yang ada gambar aku je.
yang lain tak penting.  :D





0 comments:

Post a Comment

korang yang membebel adalah...