"tak payah. tak perlu."
"tok yoh. tok soh."
banyak kali aku duk pujuk dia suh ambik laptop baru yang aku beli kat dia tahun lepas tu.
baru lagi ke kalau dah setahun? :)
tapi dia kata tak payah. tak nak.
alasan? banyak software dah dia masukkan dalam laptop lama aku tu.
antivirus pun baru je active.
laptop baru ni dah nak expired dah antivirus tu.
rugi dia kata.
satu hal lagi, payah nak download semua software-software yang dia guna.
tapi tengok muka, macam nak je laptop baru ni.
aku kata, ambik la.
dia macam mengeluh dan berkata : tak polah.
kesian aku tengok dia sebenarnya.
ya lah kan. orang lain pakai laptop baru semua.
dia pakai yang lama, tahun 2008.
tu pun yang aku punya.
kalau aku cakap, laptop tu sebenarnya aku memang beli untuk dia, sah-sah dia nak tu.
ni, aku duk cakap, kedua-dua laptop tu aku yang punya.
nanti kena bayar ansur-ansur sebab guna laptop aku.
itu yang dia takut tu.
aku kena cakap macam tu nak suruh dia jaga laptop tu baik-baik.
ye lah, senang-senang aje dapat laptop kan.
kalau aku dulu, bertungkus-lumus mintak, baru dapat.
siyes kesian kat dia.
tapi nak buat macamana.
aku niat dulu nak bagi dia.
tapi tak apalah.
laptop lama tu la aku bagi dia.
mahal jugak tu.
dekat rm 3000 aku beli dulu.
laptop baru ni pun, nak guna, guna ajelah.
aku tak kisah.
boleh aje kalau aku nak letak kat kelantan suruh diorang guna.
tapi aku la pulak nanti macamana.
takut terkontang-kanting sorang-sorang tak tahu nak buat apa.
baru padan muka sendiri. haha.
tak apalah.
nanti aku belikan dia benda lain la sempena dah jadi senior kat maktab tu.
laptop lama tu kira aku bagi sempena masuk maktab.
sempena jadi senior?
nak kasi apa ye?
pikir...................
0 comments:
Post a Comment
korang yang membebel adalah...