aku tak kesah and aku takkan amek kesah!

Thursday, June 23, 2011

aek-maktab-wataniah




setelah 3 minggu hampir 4 minggu la aku rasa, adik aku ni baru reti nak balik.
adik yang lepas aku tu, bukan yang bongsu. (gambar yang tengah)
kau tau, dia tu dah masuk maktab.
pastu boleh pulak nak join wataniah.
tak paham aku.
aktif semacam pulak sekrang.
dulu senyap je.
payah betul nak bercakap.

ni kali ke berapa dah entah dia pergi join pasukan tu.
sem baru dah bukak, dia still kat sana.
padan muka. miss class wooo.
memang la aktiviti dia tu dibuat masa cuti sem tapi dah meleret sampai awal sem ni.
runsing result dia ni.
akhir bulan ni baru dapat tau.

and tau-tau je lah kan, wataniah ni macamana.
konpem-konpem la aku rasa kena ragging bagai.
orang lari dari kena ragging, ni dia makin nak pulak.

tapi tak boleh nak salahkan dia 100% kalau dia berminat benda-benda macam tu sebab family sebelah abah aku memang ramai askar.
pangkat diorang masa pencen pun boleh tahan la.
even atuk aku pun askar tu.

aku tak tau la sehitam mana dah dia tu sekarang.
tadi abah aku kol, bagitau petang ni pukul 5 baru dia sampai.
dia suruh abah aku pergi ambik dia la tu kot.
petang ni aku bertolak balik ke kelantan.
sampai la dalam pukul 1 pagi kot.

tak sabar nak tengok dia setelah hampir 4 minggu berjemur panas.
wait and see je lah ok.
nanti ada masa, aku upload gambar dia yang terkini.






0 comments:

Post a Comment

korang yang membebel adalah...