Semua yang termaktub di post kali ini adalah suatu yang benar-benar terjadi dalam tempoh hidup aku di johor bahru.
Tiada tersembunyi. Tiada tipu helah.
Melainkan yang benar belaka.
Ini blog aku. Suka suki hati aku nak post ape je yang aku suka.
Mungkin ini di kategorikan sebaga mengumpat/mengata/mengutuk
Tapi sabar aku ada tahap.
Baik aku ada had.
Aku rasa aku dah terlampau baik pada orang.
Baik melampau-melampau orang pijak kepala.
Tak buat baik orang mengata.
So which one should I choose?
Be good or not?
Ramai kenalan aku yang kerja di bawah satu unit beruiform kerajaan ini.- ****
Aku malas nak cakap.
Nanti ada yang merepot.
Sepanjang aku kenal diorang ni, ada je yang tak kena.
Mungkin aku pun ada yang salah, tak semua manusia betul, sempurna.
Tapi perasaan meluat pada mereka tu dah tak boleh tahan.
Aku tahu mmebenci seseorang bukanlah sesuatu yang baik.
Sebab sekali kita benci pada seseorang, 10 orang akan membenci kita semula.
Ngeri kan?
Tapi ini adalah masam masin manis hidup aku.
Mungkin boleh dijadikan panduan, kenangan, pengalaman, pengajaran pada aku mahupun yang membaca post aku kali ni.
Diorang ni semua lebih tua dari aku.
Tapi malas nak berbahasa sopan dalam ni.
Sebab aku memang dah hilang hormat pada mereka.
Sorry to say, aku dah amat meluat pada korang! Amat meluat!
ALLAH saja yang tahu.
1. Fi***
Aku pernah serumah, sebilik dengan dia hampir 4-5 bulan tak silap dengan minah ni.
Masa aku sebilik dengan dia, tiap-tiap malam bila dia ada kat rumah, dia bercerita pasal bf dia.
Agak membencikan sebab dalam hidup ni macam tak ada topik lain yang nak di borak.
Seolah-olah hidup hanya untuk si jantan tu aje.
Sia-sia je hidup tak enjoy.
Hidup semata-mata hidup untuk lelaki tu.
Kalau laki ko tak pelah. Ni baru bf yang kenal setahun lebih. Ko mengata dia aku dengar, ko puji dia pun aku dengar.
Sebab aku ni pendengar yang setia, yang baik *haha. Aku smpat puji diri sendiri. Sori ye!*.
So aku akan respon/komen positif tiap kali ko kutuk/puji bf ko.
Cuma kadang-kadang ada ternegatif.
Itu memang kenyataan yang ko kena terima.
Kalau ikutkan, banyak rahsia ko yang aku tahu tapi malas nak ungkit.
Banyak nasihat aku bagi kat ko kalau ko ada masalah.
Banyak yang aku tolong walaupun bukan dari segi kewangan.
Tapi ini ke yang ko balas kat aku sekarang?
Tuduh aku melulu.
Tuduhan yang amat berat.
Tuduhan solah-olah ko baru kenal aku seminit dua.
Lepas tuduhan tu memang aku buat muka selamba depan ko seolah-olah aku tak terasa langsung.
“Adda nak bunuh akak.”
Wo.wo. wo. minah! Ko sedar ke tak apa yang ko tuduh aku tu?
Aku ingat setakat main-main.
Rupa-rupanya tuduhan ko tu serius.
Orang yang tak ada degree macam ko pun pandai nak pikir la wei.
Kalau aku nak bunuh ko.
Apa motif aku.
Ko memang golongan otak kampung hulu dunia la woi!
Semua ni terjadi hanya lepas satu kejadian.
13/11/2010- aku angkut semua barang-barang aku ke rumah dia.
Aku setuju bila dia ajak aku tinggal sebilik lagi dengan dia tapi rumah lain.
Sebab rumah aku sekarang jauh sangat dengan tempat kerja. Skudai-jb. Amat memenatkan. Tapi nak buat macamana. Terpaksa.
Pagi tu jugak aku angkut semua barang, kemas mana-mana yang patut.
Malam 13 hb n aku akan balik kb. Tu yang aku fokuskan.
Sebab tu kena kemas cpat-cepat. Masa mengemas ni pun sepatutnya aku kat opis. Tapi aku lari keluar kejap. Terpaksa. Aku asingkan mana yang nak kena bawak balik kb.
Atas beg polo aku letakkan satu buku yang aku beli 2-3 miggu lepas, tapi masih tak terbaca lagi. “MENANGKIS MAKHLUK HALUS”.
Aku baca buku tu atas sebab-sebab tertentu. Hanya sebagai ilmu tambahan. Itu aje. Not more than that.
Niat aku hanya ALLAH yang tahu.
Tapi ko.
Lepas ko balik dari kerja petang tu, time aku masih di luar rumah, ko ambil buku tu and baca.
Ko mesej aku.
“nape baca buku bunuh tu”
Aku reply “buku bunuh? Mana ada? Novel ke?” sebab setahu aku, aku tak minat tengok cerita hantu, cerita bunuh membunuh ni carta paling bawah yang aku nak remove kan kalu boleh.
And that time aku hanya ingat novel-novel aku, dengan buku agama tu aje.
“ni, buku yang kat atas beg ni”
“o. buku tu. Saya baru beli kak. Tak aca lagi.”
“takut akak. Adda nak bunuh akak.”
“hahaha. Nak bunuh orang kena baca buku ke? Lawak la akak ni”
“maaf la adda. Akak tak berani kalau macam ni”
“kenapa ni kak? Saya tak paham. Bunuh apa nya ni?”
“adda tak baca paper ke?”
“kenapa dengan paper? Buat takutkan saya je”
Lama…
“”maaf lah adda. Akak betul-betul tak berani nak tinggal sebilik dengan adda ni”
Dengan serta merta aku reply
“o.macam tu. Ok lah. Petang ni kalau sempat saya angkut barang-barang saya”
Aku malas nak bertekak dengan ko!
Sebab aku tau ko sekarang dah jadi phycho!
“eh, janganlah. Adda balik malam ni kan? Letak aje dulu kat sini sampai adda dapat rumah baru.”
Alahhh! Ko tak payah nak buat baik la manusia.
Ko memang hati busuk.
Ko dah tahu aku letih-letih angkut barang pagi tadi, petang ni ko suruh aku blah hanya disebabkan buku tu.
Buku yang kononnya disalah gunakan oleh seseorang dan akhirnya dia nampak mak dia macam saka. Terus di tetak. Masuk paper kan pasal kes ni?
Masuk berita sekali ma aku cakap.
Ahh.
Lantaklah. Nak tetak ke. Carik ke.
Yang pasti dia amalkan benda yang salah.
and budak tu sebenarnya penagih.
alah, kalau dah mat gian namanya, memang la mata kelabu.
tai aku, aku ni minah gian ke?
kompius aku.
minah ni memang mengom la.
Kalau nak tahu.
Semua ilmu di alam ni adalah ilmu ALLAH. Hak milik dia.
Kita nak belajar semua jenis ilmu, kita tak salah, even ilmu sihir sekali pun.
Itu yang aku dengar dari ceramah.
Cuma jangan kita amalkan sudahlah. Dan jangan gunakan ilmu tu ke jalan yang salah.
Tapi lumrah manusia, kalau dah ada ilmu tu, gunakan aje.
Betul tak. Hanya akal fikiran yang rational dan hati saja yang akan berperang sesama sendiri samada ingin di gunakan kearah kebaikan atau keburukan.
Aku sangat-sangat sakit hati bila orang tuduh aku melulu macam tu.
Kalau ikutkan perangai aku time sekolah menengah dulu yang bersikap egois dan membencikan orang, nak je aku maki hamun dia ni. Mengom!
Tapi mungkin masa dah berlalu so aku bersikap professional, tenangkan jiwa.
Sampai kat rumah dia, aku jawab apa yang dia tanya.
Dahlah!
Sampai aku kat jb lepas raya nanti.
Aku takkan jumpa kau lagi dah!
Aku akan delete no phone ko and harap-harap ko takkan contact aku lagi dah.
Biarkan aku hidup tenang.
Satu hal aku nak ingatkan ko : tuduhan ko pada aku terlalu berat! Agak-agak apa perasaan parents aku yang tahu pasal ni? Mungkin diluar gelakkan minah tu lepas aku ceritakan semua ni tapi dalam hati tak siapa yang tahu. Betul tak?
2. I**
Minah ni pulak dalam diam berdendam dengan aku. Saja nak sakit kan hati aku. Ape kes?
Memanglah turn dia dapat kutu dulu aku terlambat bayar.
Dah minta maap pun kan.
Aku lambat bayar bersebab.
Maap pun dah aku cakap dulu.
Bila turn aku, kau siap ungkit pasal tu la eh?
Kau cakap “akak sengaja bayar lambat sebab dulu awak pun bayar lambat. Akak dah bank in tadi. K. tq.”
Woi! Matured la sikit.
Small matter je pun kan.
Nak berbalas-balas pulak.
Ko tu dah la pregnant.
Jaga lah sikit perangai and kata-kata tu.
Sekali ingat dia pernah gugur aritu nak je cakap padan muka!
Tapi ikutkan rasa kemanusiaan aku ni, memang aku tak sanggup.
Aku masih manusia yng berperasaan.
And aku reply juga mesej tu walaupun aku pikir tak logik alasan dia ni.
Aku mintak maap.
“sorila kak ye pasal dulu tu. Saya lambat bayar bersebab. Anyway tq sebab dah bank in kan duit tu. Tqvm.”
Mak mengandung tapi perangai macam ngok nget, abes nanti anak keluar, macamana tu jadinya?
3. E**
Yang ni lagi phycho. Dia ajak aku duduk dengan dia kat kuaters.
Dia suruh aku buat surat nak apply kuarters. Aku buat surat tu.
Dia call aku masa aku dalam perjalanan dari putrajaya ke johor bahru.
Tengah drive kat highway pulak tu. Tu last ko call aku.
Tapi aku tak angkat sebab time tu malam. Aku ni dah la kadang-kadang rabun malam.
Aku tak nak jadi apa-apa.
Aku mesej ko : “ sori kak. Tengah drive.”
Ko cakap “ tak apa. nak tanya pasal surat je. dah siap ke? Boleh tak adda emel kan kat akak?”
Aku tak reply. Malas nak layan mesej tengah-tengah bahaya macam ni.
Lepas tu, aku sampai jb, aku call ko, aku mesej ko, terus tak tak ada apa-apa berita.
Apa kes minah ni.
Macam aku ada buat hal dengan dia. Nak marah sebab aku tak reply mesej ke?
Dah ni aku call, mesej tak berjawab, ape hal?
Rupa-rupanya tak jadi duduk dengan aku.
Tapi tak nak bagitau aku.
Woi! Cakap jelah tak nak duduk dengan aku.
Aku pun tak kebulur la nak duduk dngan ko.
Ni tak pasal-pasl tak bercakap dengan aku.
Aishhh..pening la aku.
Tapi nasib baik gak aku tak duduk dengan ko.
Agak-agak macam apa la perangai ko ni kalau baru setahun lebih kerja tapi dah dekat4-5 kali indah rumah eh?
mesti orang lain benci gile kat ko kan? Ish ish ish..kesian ko ni.
4. S***
Yang ni pulak cakap dengan aku time ada mood.
Tak ada mood nak jawab soalan aku, “tak tau lah adda. Kita tengok je lah.”
Jawab macam menyakitkan hati. Belum dengar intonasi suara dia lagi tu.
Harapkan pandai masak je.
Tapi perangai macam tu, hampeh.
Depan laki, bukan main manja cakap.
Tambah-tambah depan yang berpangkat tinggi nu ha.
Saja nak bodek.
Tengok style pun dah tau ko tu macamana.
Eee…..ko amat menyampah la pada pandangan mata aku ni.
[written : sebelum raya haji 1431H, 2010]
[updated : 5/12/2010]