aku tak kesah and aku takkan amek kesah!

Sunday, November 7, 2010

lappy baru.lappy lama

Peristiwa ni berlaku sebelum puasa lepas.

Niat di hati nak beli laptop untuk adik aku.
Dah masuk maktab, mestilah nak pakai laptop.
Banyak kerja. Assignment bagai.
Aku bagi dia pinjam laptop lama aku.
Duit ade sikit ni, so tolong la dia apa yang patut.
Tak nak nyusahkan ma abah aku.
Aku dah rasa ni adalah salah satu tanggungjawab aku sebagai kakak.
Lagipun aku dah kerja, walaupun gaji tak seberapa.
hahaha.

Aku gi shah alam, kebetulan ade kerja kat sana time tu.
Kerja ke kelas eh. Lupa la.ngeeee~
Aku survey kat plaza alam sentral.
Abes semua kedai aku jelajah, akhirya berkenanlah aku dengan satu model baru acer ni.
Harga boleh tahan mahal.
Terpikir-pikir jugaklah nak beli ke tak.
Tapi bile dipikir-pikirkan, tak pe mahal asalkan ok and puas hati.

So dengan yakinnya, aku memilih ASPIRE 4741G ni.
Latest model time ni.
Ciri-ciri berikut yang buat aku tangkap cintan beliau:
-intel core i5-450M processor
-windows 7
-500gb hdd
Hak2..itu je dah buat aku tangkap cintan dengan beliau ini…pelik betol.
ngeeee~






Selepas aktiviti tawar-menawar, at last aku dapat rm2590..
Sangat banyak angka itu.
DUIT..senangnya kamu terbang.huhuhuhu.
Tapi tak pe.
Berkorban untuk adik sekali sekala tak salah.

Setelah hampir sebulan aku simpan laptop ni, kini tibalah masa untuk aku keluarkan ia dari tempat persembunyiannya.
Dari shah alam ke johor bahru.
Dari johor bhru ke kelantan melalui mana eh?
Aku lupe.jauh betul perjalanan laptop aku ni.

Sampai je kat umah di kelantan……….
Arghhhh!!!!
Aku marah sangat2.
kenapa?
adik aku gi format lappy kesayangan aku tu.
lappy lama itu.
one more time.
lappy lama kesayangan aku itu sudah di format.
geram betollll.
Abes semua software aku.
X sempat diselamatkan.

So, nak kasi pengajaran kat adik aku ni.
Aku suruh dia guna lappy aku yang lama tu.
Aku guna yang baru.
Padan muka!
Mengamuk sakan dia.
Ugut aku nak jual lappy lama.
Nak trade-in la.
Macam-macam. Amboi manyak canteeekkk muka kamu.

Sebelum aku beli lappy baru tu, aku ade amik duit dia sikit.
Atas alasan, aku claim duit aku beli lappy baru.
Tapi padahal duit tu sebenarnya ada.
Aku sengaja simpan. Untuk kegunaan dia in da future.
Itu yang dia mengamuk tu. Duit dah kasi kat aku, aku pulak kasi lappy buruk kat dia.
Ehem..lappy lama ye.
Bukan lappy buruk.
Dia kata tak berbaloi. Menyesal tak sudah.
Itula. Pandai-pandai gi format sape suruh.
Kan dah kena dengan kakak mu yang garang ni.
Jahat tak daku?
Tap don wori.
Balik nanti aku akan pikir-pikirkan samada nak kasi dia lappy baru ni ke atau guna je yang lama tu.




0 comments:

Post a Comment

korang yang membebel adalah...